Show all posts
Showing posts with label Penghayatan Islam. Show all posts

Gembala Kambing yg Tak Sengaja

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan| penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.

Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
sekadar gambar hiasan

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)

Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam

Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi.

Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia.

Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga.

Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi...Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela

-wanita adalah aurat apabila dia keluar-

Dalam sebuah hadisnya Rasulullah
shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا
الشَّيْطَانُ.

“Wanita adalah aurat, apabila dia
keluar maka syaitan menghias-hiaskannya (untuk menarik perhatian
lelaki).”

“Dan
janganlah mereka (kaum wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya.”
[Surah al-Nur 24:31]

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Semasa saya memberikan kuliah
kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional
termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita
seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi
wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang
seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada
kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula
memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya
tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang
menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki
tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh
bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah
tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu
ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para
wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik
di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?"
Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki
yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu
contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan
seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian
seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di
sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang
lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di
hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu
diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi
keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak
semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian
juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak
dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana
yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula,
terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi.
Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang
mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika
itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya
tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana
cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan
nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka
mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama
fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di
hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau
sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti
ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin
sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki
hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu
hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang
nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan
tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita
Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini
sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin
pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat
redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini
juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

-besarnye pengorbanan seorang ibu..(*_*)-



baca lah, semoga terbuka hatimu utk mengingatiNYA..insyaAllah
Ibu Ingatlah pengorbanan ibuuuuu.... Orang kata aku lahir dari perut mak.. Bila dahaga, yang susukan aku.. mak Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. mak Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak Bila nak bermanja... aku dekati mak Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak Bila nakal, yang memarahi aku... mak Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak Bila takut... yang tenangkan aku.. mak Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mak Aku selalu teringatkan ..mak Bila sedih, aku mesti talipon... Mak Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... mak Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mak Bila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mak Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mak Bila ada masalah, yang paling risau.. Mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mak Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mak Yang selalu berleter kat aku.. . Mak Yang selalu puji aku.. Mak Yang selalu nasihat aku.. .Mak Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mak Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok... aku cari pasanganku Bila sedih... aku cari Mak Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal... aku ceritakan pada Mak Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Mak Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku Bila sibuk... aku terlupa pada Mak Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu... aku ingat pasanganku Selalu... Mak ingat kat aku Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila.. aku nak talipon Mak Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Mak Renungkan: Dulu Mak pernah kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata. Hari ini kalau Mak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. ingatlah pengorbanan ibuuuuu.... Dibawah adalah Nukilan Syeikh Hassan Al Banjari Perjuangan mu bagai lilin yang membakar Bersinar menerangi kegelapan Rela Berkorban meredah onak berduri Jasa Bakti mu sejernih air di qhali Sinar cahaya murni mu menerangi keluhuran insan Kau lah insan yang bernama Ibu Ya Allah Engkau pelihara lah kedua ibubapa ku.sepertimana mereka membela ku dari kecil. Jauh di sudut uslub kalbu ni sayu & pilu mengenangkan pergorbanan mu ibutapi aku manusia yg selalu lalai ,selalu lupa kan ibu ku.Maaf kan diri ku wahai ibuku..

Renung-renungkan lah

Salam Maulidurrasul


Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Renungan untuk kita bersama

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

walllahuaklam ...assalamualaikum..