khas buat suami n bakal bergelar suami ,,hayatilah,,hihi

1) Bangun tidur kena kejut 2-3 kali - kalau lambat kita yang kena marah....

2) Suka letak barang merata-rata


3) Tak pandai basuh pinggan ( pandai makan aje)

4) Sebelum kawin pandai iron baju lepas kawin semua dah tak pandai (malas) - Kena bertolak ansur sebab isteri kadang2 penat menjaga anak dan rumah.

5) Tak pernah menghargai kasih sayang isteri. Jgn sebelum kawin aje romantik lepas kawin semua lupa. Kadang2 isteri memerlukan kasih sayang dan belaian dari seorang suami. Walaupun hanya sebuah kucupan di dahi cukup membuat hati siisteri bahagia.

6) Kepada kaum suami tolonglah mengingat hari2 yang bermakna buat kamu berdua. Seperti tarikh perkhawinan, hari lahir anak atau isteri. Walaupun hanya seungkap kata. Gembira rasanya siisteri apabila sisuami mengingati hari2 mereka, bukannye nak meminta hadiah , tetapi sekadar ungkapan tak luakkan....

7) Jgn kedekut..... ......... ..

8 ) Kalau nak isteri cantik, bagi dorongan, kuatkan semangat hulurkan bantuan kewangan untuk mendapat hasil yang si suami inginkan....

9) Jgn berat tulang, rajinlah tolong isteri dirumah, memasak dan mengemas..

10) Suka melepas merata-rata tempat (melepaskan gas)

11) Tak suka bila sisuami mula meninggikan suara (menengking)

12) Benci bila mula menaikkan tangan dan kaki ( Perkara nie walaupun jarang dibuat tetapi sekali terlepas akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada siisteri oleh itu jgn sesekali buat macam nie kat isteri)

Rasanye banyak lagi yang benda siisteri tak suka suami buat.. tapi setakat nie aje yang teringat.. Oleh itu sayangi isteri anda semua... itu adalah amanat dan tanggungjawab yang telah diberikan. Sekali akad dilafazkan, sekali tanggungjawab digalas. Isteri kurnian Ilahi jaga betol2 dan sayangi dia... Adios

0 Response to "PERKARA-PERKARA YANG TAK DISUKAI ISTERI..."

Post a Comment