klu bg laptop pe maknenye ek ????tp de ke org bg lptop...huhu

~lu pk la sendri~kui3

~Adakah anda penggemar KANGKUNG???~

10:15 AM Posted by syafiqah 0 comments
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.




Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang
menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.


Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan,
kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.


Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.


Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.


Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.


Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.
Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

~kasih syg yg x boleh d jual beli~

kasih haiwan sesama manusia n kasih manusia sesama manusia..mane yg lebih intim...

cuba anda perhatikan betapa syg nye haiwan ini dengn penjaganya




ni plk dripada spesis ak sendri yg x menyayangi ank sendri ,,,sedih nye ,,kecian mereka yg x bersalah dijadikan mangsa,,,




orang yang x de ank...nk ank ..yg seng dpt ank... buang lak
klu nk buang pun ,,buang lh kt masjid ke ,,kt umah org ke ,,jgn la buang kt tampat smpah lak ,,di pun nk hidup..:(


cuba anda fikirkan jika anda d tempat bayi tersebut????

~alhamdulillah~



setelah 2 hari ak ngn gee pulun membuat projek mega kami "subjek reka bentuk

berarahan" ari ni sebelum kul 12. siap lah kerja 2 ,,tp x tahu la dterima ke x

..huhuhu..harap2 Dr. trima la.....sbb org lain buat seminggu kami buat 2 hari...kih3

pepun TQ ALLAH sbb bg kudrat pada kami sehingga kami dapat menyiapkan projek

kami 2,,,,

kepada tetamuu blog ak ,,time kasih banyk2 atas sokongn n komen korang ..

doakan lah kejayaanku untuk xzamm ni n doakan ak berjaya di dunia dan akhirat,,,:)

terperangkap dalam lif ,,,,,waaaaa

tower 4..huhu..:(

mlm td ak ngn gee p FAK nk tgk sape la yg menjd penyelia kami tuk projek ilmiah sem depan.. kira2 kul 9 lebih ak bertolak dri bilk n terus ke fak, sesampai d fak ak terus menaiki lif n menuju ke jabatanku untuk melihat senarai nama penyelia n tajuk yang diterima. setelah beberapa minit ak & gee melihat senarai tersebut kami pun beransur pulang. kami menaiki lif untuk pulano untuk meminjam nota dgn f-zah.so kami mahu cpat n turn dengan lif.

ketika didalam lif..... tiba-tiba...............lif berhenti n blackout berlaku ,,,,,cuba anda bayangkn di malam yg gelap kami terkandas didalam lif kat FAk kite 2 ,,waaaaaaa,ya Allah ..tuhan saje yg tahu ,,takut nye kami...korg phm2 je la FAk kite 2 pada waktu mlm ,,mane de org kat atas 2.

setelah sekian lama kami d dalam lif tersebut ak bayangkan hanya mati yang menanti kerana gee dh kesesakan nafas. tetapi Allah belum menetapkan ajal kami di c 2 n Allah telah menganugerahkan kmi cverage(line) hp ddalam lif tersebut..

nasib baik lah dengan adanya line tersebut boleh lah ak berkomunikasi degn org luar. nasibbaik la sebelum ak msuk kdalam lif td ak ternmpk 2 org ustazah ...
ak meminta tolong akk ku supaya menelefon ustazah tersebut untuk menolong kami yang berada di dalam 2. n ak juga menelefon adikku supaya dtg menolong ,,nasib baik la ak masih kental,,klu x dh lame leleh ,,,hihihi....

setelah hmpr 20 minit kami d dalam kegelapan itu,,,,tiba2 pintu lif terbuka ,,,,alhamdulillah,,,ustazah tersebut telah menyelamatkan ak ,,,time kasih ustazah ,,,d sbbkn terlalu gembira pintu lif terbuka ,,ak t'lupa untuk mngucpkan syukran,,,maaf ye ustazah,,,,jasamu d kenang..:)

tragedi 24/10/09.
.sekitar 9 lebih mlm

~Manfaat berjalan kaki~

Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan



RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.

Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:
• Berat badan stabil
Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.
• Menurunkan berat badan

Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.
• Risiko elak serangan jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.
• Angin ahmar atau strok

Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.
• Mencegah kencing manis

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.
• Mencegah osteoporosis

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.
• Meredakan sakit lutut

Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.
• Tekanan

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.
• Kanser

Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Tip jalan laju
• Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
• Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
• Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
• Gerakkan lengan ketika berjalan
• Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
• Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman

~Salam Imtihan untuk semua~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

-Indahny@ Ciptaan Allah-

Wow, amazing…how they do it?

padi field in Japan





--ISU PENUNTUT ISLAM DI IPT--

1:13 AM Posted by syafiqah 2 comments
SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN????.....TANYA LAH DIRI

“Hai” ucapan yang sering didengari apabila berjumpanya dua orang sahabat dan “bye” apabila berpisahnya mereka. Ungkapan yang biasa diucapkan oleh orang barat kini telah menjadi satu ungkapan pertemuan dan perpisahan antara dua sahabat beragama Islam di IPT. Ianya sudah menjadi tradisi antara pelajar-pelajar Islam di IPT kini.

Tiada lagi ungkapan indah meniti bibir-bibir mereka sebagaimana yang telah diajarkan oleh agama yang suci iaitu kalimah Assalamualaikum apabila bertemu dan berpisah. Malah mereka sudah merasa segan dan malu untuk menuturkan ucapan salam tersebut. Mungkin juga akan dikatakn kolot atau ketinggalan zaman bila ucapan salam diungkapkan.

Kadang-kadang saya terfikir kenapa pelajar Islam yang mendapat pelajaran di IPT malu untuk menzahirkan ciri-ciri seorang Muslim yang sebenar?? Soalan ini juga saya lontarkan kepada beberapa orang kenalan. Sesetengahnya menganggap Islam itu patut diamalkan oleh pelajar yang mengambil jurusan Pengajian Islam sahaja. Sedangkan apabila kita dilahirkan dalam agama Islam kita mestilah perpegang dengan ajaran agama Islam ini sepenuhnya bukan Islam pada suatu tempat sahaja.

Oleh itu tidak menjadi kehairanan apabila orang-orang yang bukan dari golongan intelektual semakin hari semakin jauh dari ajaran agama Islam yang murni ini. Mereka bukan sahaja meninggalkan sebahagian ajaran agama malah hampir seluruh hidupnya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Seharusnya, golongan yang telah Allah s.w.t takdirkan mempunyai akal yang pintar, peluang belajar di IPT menjadikan Islam sebagai cara hidunya. Mereka juga akan menjadi contoh yang terbaik kepada masyarakat awam.

-ISU NEGARA ISLAM-

1:09 AM Posted by syafiqah 0 comments
ADAKAH NEGARA KITE SEBUAH NEGARA ISLAM?????

Dewasa kini, ramai pemimpin yang telah mengiktiraf negara yang berada di bawah pemerintahan mereka sebagai negara Islam. Oleh yang demikian jom kita jelajah apakah itu pengertian negara Islam dan ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah negara Islam ???

Mewujudkan negara Islam itu ialah memungkinkan kita melaksanakan perintah Allah dan ini tidak boleh dilakukan secara individu. Menegakkan negara Islam ini terkandung di dalam matlamat melaksanakan perintah Allah SWT yang di gariskan kepada tiga perkara,
1. Matlamat khulafah. Iaitu tugas yang maha besar yang diisytiharkan oleh Allah kepada para malaikat. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat. Sesungguhnya Aku akan jadikan di muka bumi itu khalifah."
Para ulama mentakrifkan Khulafah itu sebagai “Mengalang-ganti kenabian di dalam perkara memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya (iaitu dengan agama).
Dari takrif tersebut, kita dapati dua unsur terpenting di dalam tujuan kejadian manusia.
• Menjaga agama
• Mentadbir dunia

Menjaga agama dilakukan dengan melaksanakan dua perkara pokok.

a) Menegakkan Islam dengan menyatakan kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dengan menyatakan apakah Islam yang sebenar kepada seluruh manusia dan membuktikan kebaikan ajaran dan hukum-hukumnya di samping mempertahankan dari musuh.

b) Melaksanakan Islam dengan mengamalkan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya dalam semua urusan. Termasuk juga di dalamnya urusan bermasyarakat dan bernegara. Menyeru dan mengajak manusia kepada melaksanakan perintah agama dan bertindak ke atas sesiapa yang tidak melakukannya, di samping mencegah kemungkaran dan kejahatan dengan kuasa pemerintah.

2. Menunaikan amanah.

3. Pengabdian diri kepada Allah s.w.t.

Manakala ciri-ciri negara Islam pula ialah:

1. Syariat Islam yang mesti dipatuhi kepadanya.
2. Umat yang mendokonginya
3. Pemerintahan Islam yang menaunginya.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menilai adakah bertepatan dengan kehendak agama Islam bagi negara yang mengiktiraf mereka sebagai negara Islam.

-ISU ILMU-ILMU ISLAM-

12:31 AM Posted by syafiqah 2 comments
.....ADAKAH TEORI DARWIN BENAR ???......

Ilmu Islam….terlalu luas ilmu-ilmu Islam ini. Islam telah mengajarkan kepada penganutnya pelbagai jenis ilmu seperti ilmu pengajian tentang agama Islam, sains, geografi, fizik, kimia dan sebagainya. Semuanya terkandung dalam al-Quran, mukjizat agung ini. Salah satu daripada ilmu Islam yang menarik minat saya ialah ilmu tentang penciptaan manusia. Al-Quran terlebih dahulu mendedahkan proses kejadian manusia daripada awal penciptaan iaitu Nabi Adam a.s sehingga proses kejadian Bani Adam a.s. yang mana lahirnya insan yang digelar bayi.

Proses kejadian manusia pertama iaitu nabi Adam a.s. yang diciptakan daripada tanah telah diceritakan oleh al-Quran secara terperinci. Ini dapat dilihat berdasarkan surah Ali Imran (3:59), Hud (11:61), al-Rahman (55:14), al-An’am (6:2), al-Hijr (15:26,28,29,33), Nuh (71:17), al-A’raf (7:12) dan al-Sajdah (32:7). Kemudian Allah menceritakan juga kejadian pasangan Nabi Adam a.s.



Seterusnya al-Quran tidak ketinggalan menceritakan secara panjang lebar kejadian bani Adam a.s. yang diciptakan secara berperingkat-peringkat. Bermula daripada saripati air mani yang hina (al-Sajdah 32:7-8). Kemudian menjadi janin dalam perut ibu (al-Najm 53:32), dan akhirnya lahirlah seorang hamba Allah di muka bumi ini.

Dewasa kini, sains telah membuktikan kebenaran al-Quran tentang proses kejadian manusia yang unik ini. Maka tiada lagi yang boleh dipertikaikan dan ianya tidak boleh disangkal lagi sebagaimana teori evolusi ciptaan Darwin yang mengatakan manusia berasal daripada binatang yang bernama mawas. Sedangkan teori ini langsung tidak benar dan tidak boleh diterima oleh fikiran yang waras.



Oleh yang demikian, saya berharap kepada pembaca blog ini agar sentiasa muhasabah diri supaya tidak terlalu megah dan lalai dengan pinjaman yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Jadilah putera akhirat kerana di sana tempat kita semua akan kembali.

-ISU POLITIK ISLAM-

RASULULLAH S.A.W TOKOH POLITIK CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

Kamus Dewan Edisi Tiga menyebut "politik" bermaksud ilmu cara pemerintahan, ilmu siasah dan ilmu kenegaraan; kedua, segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain dan ketiga, kelicikan, muslihat atau tipu muslihat. Takrifan itu membuktikan makna politik amat luas, bukan saja merujuk kepada pengetahuan dan kebijaksanaan mentadbir negara, malah membawa maksud tipu muslihat.

Manusia sudah lama berpolitik malah di kalangan nabi termasuk Rasulullah s.a.w, baginda turut berpolitik."Nabi Muhammad s.a.w dari muda mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga sehingga Khadijah tertarik padanya, manakala Nabi Nuh a.s ada kepandaian mengemudikan bahtera."Nabi Yusuf pernah dilantik menteri dan Nabi Musa pernah berdoa supaya saudaranya, Nabi Harun menjadi pembantunya dalam gerak kerja dakwah," katanya. Beliau turut mengungkap nas dari surah Thahaa, ayat 29, bermaksud: "Dan, jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Dalam Islam, urusan membabitkan pelantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara. Justeru itu, katanya, menjadi kewajipan bagi umat Islam melantik pemimpin bagi memastikan Islam dan umatnya terbela dan apabila dilantik mesti ditaati sepertimana firman Allah ini: "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (an-Nisa: 59)

Sungguh besar pengorbanan yang Rasulullah s.a.w. lakukan sepanjang hidup baginda demi untuk menyampaikan amanah Allah s.w.t kepadanya. Lihat saja bagaimana Rasulullah pemimpin kota Makkah dan Madinah. Di Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. membentuk aqidah manusia agar beriman kepada Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa berputus asa walaupun diejek dan dihina sehinggalah Allah memerintahkannya agar berhijrah ke kota Madinah. Di kota Madinah, orang-orang Yathrib pada keseluruhannya tidak mempunyai satu sistem politik tertentu. Mereka tidak mempunyai kerajaan yang boleh mengawasi keadaan pentadbiran dan keselamatan mereka.

Oleh itu mereka sentiasa terdedah kepada serangan musuh. Faktor ketiadaan sekuriti dan kuasa politik yang sah menyebabkan pedagang tidak berminat melabur di kota ini. Oleh yang demikian, apabila datangnya Rasulullah s.a.w., baginda menaikkan taraf Madinah daripada negara pertanian kepada sebuah negara maju yang berpotensi tinggi dalam semua bidang. Di samping itu, umat Islam sentiasa bersatu padu dalam apa jua keadaan walaupun mereka daripada kalangan Ansar dan Muhajirin.

Demikianlah hebatnya Rasulullah s.a.w. dan beliau adalah pemimpin yang mesti dicontohi oleh seluruh pemimpin Islam di seluruh dunia.

-ISU PENDIDIKAN ANAK-ANAK-

9:05 AM Posted by syafiqah 3 comments
ISLAM PAKAIAN ANAKMU

Pendidikan adalah perkara paling utama dan paling penting dalam kehidupan seorang hamba Allah yang bernama manusia. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Oleh yang demikian, pendidikan yang sempurna adalah satu proses yang sangat membantu manusia hidup bahagia dari awal kehidupan sehingga akhir hayat. Maka, pendidikan untuk anak-anak adalah bermula daripada zaman kanak-kanaknya.

Pada permulaan kehidupan iaitu zaman kanak-kanaknya, anak-anak tidak akan dapat menilai atau membezakan di antara yang baik dan yang buruk. Mereka hanya melihat dan mengikut apa sahaja yang terdapat dalam persekitaran mereka pada masa itu. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.


Namun begitu, pada masa kini cabaran kepada ibu bapa Muslim dalam mendidik anak-anak adalah sangat besar kerana mereka membesar dalam alam yang semakin canggih iaitu alam cyber dan teknologi di mana segala maklumat sama ada yang baik atau yang buruk hanya berada di hujung jari. Oleh itu, pendidikan Islam adalah perkara yang paling utama dalam didikan anak-anak untuk membolehkan mereka memilih jalan atau cara hidup yang berlandaskan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.


Dengan pendidikan Islam yang sempurna inilah akan lahirnya anak-anak yang menjadi kebanggaan agama Islam dan mereka juga akan menjadi menyejuk mata dan penawar hati ibu bapa mereka.

-ISU PEMBINAAN KELUARGA ISLAM-

9:03 AM Posted by syafiqah 2 comments

Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Taala, yang mana pemahaman asas anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Taala, dan yang di atur oleh peraturan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajiban masing-masing sesuai dengan peraturan Allah Subhanahu wa Taala.


Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, khitbah (meminang), pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah Subhanahu wa Taala. Ianya bukan sekadar sebuah perkahwinan dua pasangan yang beragama Islam tetapi tidak menitik beratkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya pembinaan keluarga Islam ini adalah bermula daripada ibu bapa yang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Kemudian barulah ianya mengalir dalam diri ahli keluarga yang lain.



Apabila terbinanya keluarga Islam, masing-masing akan mengetahui tugas yang dipertanggungjawabkan atas setiap ahli keluarga terutama bapa. Bapa merupakan ketua keluarga yang pastinya beliau juga bertanggungjawab sebagai ketua agama dalam keluarga, maka beliau perlu sentiasa memastikan agar setiap ahli keluarga mendapat didikan agama Islam yang sempurna. Di samping itu, pendidikan lain juga tidak boleh diabaikan, ianya mestilah sesuai dengan peredaran zaman agar musuh-musuh Islam tidak memandang rendah kepada orang-orang Islam.


Selain daripada itu, antara perkara penting dalam pembinaan keluarga Islam ialah kasih sayang sesama ahli keluarga. Ini kerana dengan hubungan kasih sayang akan terbentuk hubungan mesra antara ahli keluarga, saling tolong-menolong, bantu-membantu apabila memerlukan dan lain-lain lagi. Dengan kasih sayang yang terbina, ia akan jauh daripada penderaan, perlakuan sumbang mahram dan pelbagai lagi penderaan fizikal dan mental yang berlaku dalam keluarga pada hari ini yang mana perbuatan ini dilarang dalam Islam.


Akhirnya, pembangunan keluarga Islam akan melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan kemuncaknya ialah membawa kebahagiaan di akhirat kelak..insyaAllah.

-ISU EKONOMI ISLAM-

-AR-RAHNU-



Islam adalah satu agama yang sentiasa memberikan kemudahan kepada umatnya termasuklah didalam bab ekonomi. kemudahan yang Allah berikan kepada manusia dalam urusan harian apabila seseorang dilanda msasalah kekeringan wang dan harta, Islam telah memperkenalkan satu sistem yang terbaik kepada orang Islam untuk mendapatkan wang dengan melakukan pajakan ataupun cagaran keatas barang,sistem yang diperkenalkan tersebut ialah AR-RAHNU.

Sistem ini telah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, apabila baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya. Menurut satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim: Allah s.w.t berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud


"Jika kamu dalam perjalanan (dan bermu'amalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, Maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang[180] (oleh yang berpiutang). akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. dan barangsiapa yang menyembunyikannya, Maka Sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".

sistem ini diperkenalkan kepada umat Islam supaya mereka tidak lagi melakukan pajakan dikedai pajak org kafir yang sentiasa melakukan penindasan kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan mereka. Sistem ini sentisa memberikan kesenangan kepada sesiapa yeng berurusan kerana mempunyai rukun dan syarat yang telah ditetapkan sebagai perjanjian.

RUKUN GADAIAN

Gadaian dalam Islam mempunyai 5 rukun iaitu:

1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).
2) Hutang (Marhun Bih)
3) Sighah (Ijab dan Qabul) iaitu majlis penyerahan dan penerimaan gadaian
4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.
5) Barang gadaian. Terdiri dari barang-barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut pandangan syarak.

SYARAT GADAIAN

Berikut adalah syarat-syarat gadaian:

a) Akad gadaian mestilah dilakukan melalui ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan)
b) Orang yang menggadai (Ar-Rahin) dan orang yang memegang gadaian (Al-Murtahin) hendaklah terdiri daripada orang yang mempunyai kelayakan yang sewajarnya untuk mentadbir harta (Mutlaq Al-Tasarruf). Oleh itu, orang yang gila atau kanak-kanak yang belum baligh tidak sah melakukan atau menerima gadaian.
c) Barang yang digadaikan (Al-Marhun) mestilah barang yang dimiliki dan boleh dijual.

Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang masalah dan kekeliruan berkenaan gadaian, surat atau perjanjian haruslah diwujudkan untuk dijadikan bukti yang sah.

NILAI POSITIF GADAIAN

1) Membolehkan orang yang sedang kesempitan wang mendapatkannya dengan cara yang bersih dan di bolehkan oleh syarak.
2) Menjadi jaminan bagi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya.
3) Memberi keyakinan terhadap pemberi hutang dalam mendapatkan kembali wang yang telah dihutangkan.
4) Mengelakkan sebarang perbalahan antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang sekiranya hutng tidak dapat dilangsaikan.Memberi dorongan kepada orang yang berhutang agar membayar hutangnya bagi mendapatkan kembali barang yang menjadi barang gadaian

-ISU UNDANG-UNDANG ISLAM-

------ZINA ???------

Salah satu gejala yang semakin meruncing di negara kita pada hari ini ialah isu yang berkaitan dengan "zina". Hal yang membawa kepada perkara terkutuk ini ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Hal inilah yang boleh membawa pasangan tersebut terjerumus ke lembah zina.

Islam melarang keras umatnya daripada menghampiri zina, kerana telah ditetapkan didalam al-Quran pada surah an-Nuur ayat 2 yang bermaksud:

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"(Surah an-Nur, ayat 2).

Tentang hukuman bagi penzina muhson(telah berkahwin) dan pengzina ghairghu muhson ( yang belom berkahwin) hukuman tersebut bukan sahaja dijalankan secara membabibuta , tetapi mesti lah mengikut prosedur yang betul iaitu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam al-Quran.

Hukuman yang setimpal akan dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin iaitu dikenakan hukuman rejam sampai mati. Manakala bagi pasangan yang belum berkahwin mereka akan dikenakan sebat sebanyak 100 sebatan.




Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

-ISU PENGHAYATAN ISLAM-

kahwin ooo kahwin ...

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.” (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

kahwin adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. perkahwinan adalah satu cara untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara yang tidak diingini seperti zina, maksiat, khalwat dan sebagainya. tujuan perkahwinan adalah untuk mengembangkan zuriat diatas muka bumi ini.

kebiasaannye seorang lelaki yang bujang akan memilih seorang gadis untuk dijadikan permaisuri hidupnya, tetapi tidak menjadi 1 kesalahan sekiranya mereka mahukan seorang janda ataupun duda untuk dijadikan sebagai suri dalam hidup mereka. pada zaman sekarang faktor utaman yang akan dinilai adalah kecantikan. kecantikan merupakan aset penting seseorang untuk dijadikan pilihan. tetapi Rasulullah telah berpesan , ada 4 ciri-ciri wanita yang perlu dipilih telah diwartakan didalam al-quran


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sebelom mengahwini seseorang perempuan, si lelaki perlu melakukan risikan secara rahsia untuk melihat bagaimana bakal isteri yang akan hidup bersama dengannya nanti, seseorang itu perlu mencari perempuan yang mempunyai ciri-ciri seperti :-
  • cari yang pandai mengurus rumahtangga
  • cari yang hormat kepada orang tua
  • cari yang pendai menjaga kehormatan
  • cari yang tidak bebas dengan lelaki
  • cari yang mempunyai didikan agama yang cukup
  • cari yang berpegang teguh pada suruhan agama
setelah melakukan proses pertunangan si lelaki perlu:-
  • bertungan jangan terlalu lama
  • kahwini ketika perempuan di usia muda
  • elakkan daripada terlalu cemburu
  • layan bakal isteri dengan baik
  • bertanggungjawab.