1. Berlakunya usaha meminang wanita, sama ada menggunakan utusan, orang tengah atau diri sendiri.
2. Ketika seseorang wanita dipinang, lelaki lain diharamkan untuk masuk meminang.
3. Berkenalan dan berta’aruf pun berlaku hanya SETELAH peminangan (menyatakan hasrat untuk berkahwin) kepada pihak wali atau wanita yang dihajatkan.
4. Setelah melihat wajah, menyelidiki latar belakang agama serta peribadi wanita tersebut, maka masing-masing mula berkenalan dan saling mengenali.
5. Membuat keputusan dengan didasari maklumat yang dimiliki dan melakukan solat ISTIKHARAH.
6. Menyatakan keputusan apakah “Berkenan atau tidak berkenan?”
7. Jika tidak berkenan, maka perlu berpisah, menolak serta memutuskan peminangan dengan baik tetapi masih memelihara hubungan ukhuwah.
8. Jika berkenan dan kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin, maka pasangan dan keluarga menetapkan mas kahwin serta tarikh perkahwinan.
9. Tiada senggang waktu yang lama di antara persetujuan untuk berkahwin (pertunangan) dengan waktu akad nikah kecuali sekadar member peluang bagi mengumpulkan mas kahwin.
10. Berkahwin apabila mas kahwin sudah cukup dan akad nikah pun berlangsung.
11. Bermulalah hidup sebagai sepasang suami dan isteri.
12. Suami dan isteri perlulah saling mencintai, memahami dan bertakwa kepada ALLAH.
13. Bercinta hanya selepas kahwin.

0 Response to "TEORI PERKAHWINAN ISLAM"

Post a Comment