pelbagai versi frame ,,hahaha
ni lak penghargaan ak
PENGHARGAAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih terhadap hamba-hambaNya. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan InayahNya dapat juga saya menyiapkan tugasan saya iaitu Projek Ilmiah dengan jayanya. Projek Ilmiah ini adalah sebahagian daripada kursus-kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar dan ianya sebagai syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.

Jutaan terima kasih diucapkan khas kepada Prof. Madya Dr. Redzuwan bin Yunus iaitu selaku penyelia saya kerana telah banyak member tunjuk ajar, bimbingan, sokongan, teguran, dan nasihat yang berguna kepada saya dalam menyempurnakan Projek Ilmiah saya ini. Saya kira, tanpa pertolongan dan budi bicaranya tidak mungkin kejayaan ini dapat dicapai.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada keluarga saya terutama ayahanda tersayang iaitu Said bin Mat Isa dan bonda tercinta Siti Rabiah binti Setia diatas segala pengobanan dan bantuan yang diberikan kepada anakanda. Tidak lupa juga penghargaan diucapkan kepada semua adik beradik saya Kak Long, Kak Na, Asma’, Afif, Muaz, Ateh dan adik Ammar. Terimalah lafaz kasih sayang dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas doa, semangat dan doronganyang telah kalian berikan sepanjang menyiapkan Latihan Imiah ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ditujukan khas buat rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu Gee, Azima, Asmah, Shasha, Kak Ros, huda, Nana, Kak Ayu dan semua rakan-rakan di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM kerana banyak membantu member perangsang sepanjang berada di UKM ini. Sesungguhnya pengalaman bersama kalian tidak mungkin dapat dilupakan hingga ke akhir hayat dan semoga persahabtan kita berpanjangan. Segala jasa baik kalian diiringi dengan ribuan doa dalam menempuhi liku-liku perjalanan kehidupan ini.

Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) terutamanya En Rosli bin Wahab dan semua kakitangan di Bahagian Dakwah kerana sudi bekerjasama memberi maklumat kepada saya untuk tugasan ini. Semoga Allah s.w.t membalas segala jasa yang dihulurkan dengan ganjaran yang setimpal serta menempatkan kalian dikalangan orang-orang yang bertakwa, Insyaallah.

Akhir kalam, segala yang baik itu datangnya dari Allahs.w.t. dan segala kelemahan itu datangdaripada pengkaji itu sendiri. Semoga segala usaha murni yang dilakukan ini akan diterima oleh Allah s.w.t sebagai ibadah dan semoga ianya mendatangkan keberkatan didunia dan akhirat. Sekian, terima kasih

UMMU SYAFIQAH BINTI SAID
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

dn yang last ak nk tunjuk Orang Asli kt korang yg sudi bace blog ak ,,,,xclusif hanya di blog ak ,,hahaha





ni semua Orang Asli di Terengganu...depa sume dh Islam,,tp penghayatan depa 2 kurang lg ,,sesiapa yang rase dri de kelapangan leh la wt amal tuk jd Penggerak Masyarakat Orangg Asli sebagai pembimbing Orang Asli d perkampingan mereka ....

tq Allah kerana telah memberi ak kesihatan yg baik, kecerdasan otak tuk berfikir ,,dan menjadikan ak manusia yang normal tuk menyiapkan Latihan Ilmiah ak ni,,,,amin

0 Response to "tq Allah"

Post a Comment