-TAKZIAH buat keluarga EN.HILMI HASBI-

Friday, April 16, 2010 11:40 AM Posted by syafiqah
16.4.2010 jam 10 lebih pg td sedg ak ngn k,long syok2 tgk cite ,,,tiba2 ak dpt msg dari adik ni yg berbunyi

"sedekahkan alfatihah tuk ibu omel"

terus ak ,,,innalillah.....

laju jantungku berdebar ,,,x dapt kubayangkan perasaan adik seumur 16 tahun melalui detik ini ,,,klu ak pun mesti ak menangis ,,kerana kehilang org tersyg buat selama2nye ,,,

akk harap omel ngn fmily tabah menghadapi dugaan ini,,moga arwah ibu omel d cucuri rahmat dan berada bersama org y soleh ...


'''semua yg hidup pasti akan mati'''kullu nafsin dha iqotul maut ....

Imam Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Dawud, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo'a untuknya".

lagu khas tuk omel n family

KE MAKAM BONDA

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

1 Response to "-TAKZIAH buat keluarga EN.HILMI HASBI-"

  1. Ummu Salamah Ishak Says:

    takziah...

Post a Comment