Kerabu Pegaga dan Bunga Kantan

Friday, April 23, 2010 8:05 PM Posted by syafiqah


Bahan-bahan

* 1 cekak pegaga – dipotong kecil
* 1 kuntum bunga kantan – hiris halus
* 3 sudu kelapa parut digoreng sehingga perang tanpa minyak
* 1 sudu kecil lada hitam
* 1 biji cili merah – hiris halus
* 2 ulas bawang merah dimayang halus
* 2 biji limau kasturi – diambil jusnya, kulitnya dihiris halus
* segenggam ikan bilis – goreng tanpa minyak


Tumbuk lada hitam, ikan bilis, kelapa goreng dan sedikit garam. Jangan terlalu halus.

Campurkan bahan yang ditumbuk bersama pegaga, kulit limau, jus limau, bunga kantan dan juga cili merah.

Gaul rata dan hidangkan.

bestnye klu de org nk buat n hantr kt ak ,,x sabar nk balik kg nk mkn kerabu mak ,,huhu,,,

1 Response to "Kerabu Pegaga dan Bunga Kantan"

  1. Anonymous Says:

    HMM..cara msk lain skit dr yg mak sye buat..
    mak sye letak ikan rebus..:P

Post a Comment