-ISU PEMBINAAN KELUARGA ISLAM-

Thursday, October 15, 2009 9:03 AM Posted by syafiqah

Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Taala, yang mana pemahaman asas anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Taala, dan yang di atur oleh peraturan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajiban masing-masing sesuai dengan peraturan Allah Subhanahu wa Taala.


Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, khitbah (meminang), pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah Subhanahu wa Taala. Ianya bukan sekadar sebuah perkahwinan dua pasangan yang beragama Islam tetapi tidak menitik beratkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya pembinaan keluarga Islam ini adalah bermula daripada ibu bapa yang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Kemudian barulah ianya mengalir dalam diri ahli keluarga yang lain.



Apabila terbinanya keluarga Islam, masing-masing akan mengetahui tugas yang dipertanggungjawabkan atas setiap ahli keluarga terutama bapa. Bapa merupakan ketua keluarga yang pastinya beliau juga bertanggungjawab sebagai ketua agama dalam keluarga, maka beliau perlu sentiasa memastikan agar setiap ahli keluarga mendapat didikan agama Islam yang sempurna. Di samping itu, pendidikan lain juga tidak boleh diabaikan, ianya mestilah sesuai dengan peredaran zaman agar musuh-musuh Islam tidak memandang rendah kepada orang-orang Islam.


Selain daripada itu, antara perkara penting dalam pembinaan keluarga Islam ialah kasih sayang sesama ahli keluarga. Ini kerana dengan hubungan kasih sayang akan terbentuk hubungan mesra antara ahli keluarga, saling tolong-menolong, bantu-membantu apabila memerlukan dan lain-lain lagi. Dengan kasih sayang yang terbina, ia akan jauh daripada penderaan, perlakuan sumbang mahram dan pelbagai lagi penderaan fizikal dan mental yang berlaku dalam keluarga pada hari ini yang mana perbuatan ini dilarang dalam Islam.


Akhirnya, pembangunan keluarga Islam akan melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan kemuncaknya ialah membawa kebahagiaan di akhirat kelak..insyaAllah.

2 Response to "-ISU PEMBINAAN KELUARGA ISLAM-"

  1. mat10cent Says:

    pembinaan keluarga ISLAM.. artikel ni mmg menunjukkan keagungan ajaran islam yang bukan saje dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia tapi dgn berpegang pada ajaran dapat jg menghindarkan masalah keluarga dan segala macam masalah kat negara kita sekarang la..
    renung renung kan.. dan selamat memilih pasangan hidup yg tepat..( utk semua kawan2 yg bc artikel ni..)

  2. Shahriza Says:

    apabila membaca artikel ini,ana teringatkan dialog yg berbunyi" Jodoh ada tiga jenis jodoh..Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah,Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah,Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA...he3.Pemilihan JODOH yg baik menjadi tunggak kepada pembinaan keluarga Islam yg cemerlang,gemilang dan terbilang

Post a Comment