Seterusnya al-Quran tidak ketinggalan menceritakan secara panjang lebar kejadian bani Adam a.s. yang diciptakan secara berperingkat-peringkat. Bermula daripada saripati air mani yang hina (al-Sajdah 32:7-8). Kemudian menjadi janin dalam perut ibu (al-Najm 53:32), dan akhirnya lahirlah seorang hamba Allah di muka bumi ini.

Dewasa kini, sains telah membuktikan kebenaran al-Quran tentang proses kejadian manusia yang unik ini. Maka tiada lagi yang boleh dipertikaikan dan ianya tidak boleh disangkal lagi sebagaimana teori evolusi ciptaan Darwin yang mengatakan manusia berasal daripada binatang yang bernama mawas. Sedangkan teori ini langsung tidak benar dan tidak boleh diterima oleh fikiran yang waras.



Oleh yang demikian, saya berharap kepada pembaca blog ini agar sentiasa muhasabah diri supaya tidak terlalu megah dan lalai dengan pinjaman yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Jadilah putera akhirat kerana di sana tempat kita semua akan kembali.

2 Response to "-ISU ILMU-ILMU ISLAM-"

  1. gee Says:

    pernah saya terbaca dekat majalah mestika,tak tau keluaran bulan dan tahun apa. Dalam majalah tu ada menceritakan sesetengah masyarakat yang menyanjung dan merayakan teori tersebut dengan berhimpun beramai-ramai di suatu tempat tanpa memakai baju walaupun sehelai benang. berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang berbogel.Melihat perkara tersebut buat saya jijik dan jelek terhadap diorang.Dipadang masyar memang kita tak pakai baju tapi masa tu kita dah tak pikir malu.tapi kat dunia ni mereka tak rasa malu ke???

  2. Anonymous Says:

    Al-Quran telah terbukti kebenarannya dalam banyak kajian oleh ORANG2 bukan islam sendiri sehingga mereka tidak dapat menyangkal kesahihan dan segala petunjuk dan ilmu yang terdapat didalam nya..
    Teori MAWAS2 yang cuba memutarbelitkan fakta dan ilmu yang terdapat didalam AlQuran memang banyak telah kita dengari..
    Masyarakat yang dimaksudkan tersebut mungkin tak pernah mengkaji mahupun *mengaji Alquran..
    Tetapi berapa ramai ORANG islam kita yang tahu *mengaji tapi tidak pula mengkaji Ilmu yang terkandung didalam AlQuran..
    Malah ramai juga ORANG islam yang tidak tahu mengaji..camne nak kaji..
    Buat penulis..tahniah.. tambahkan artikel2 berilmu islam sebegini lagi.. Syukran..

Post a Comment