-ISU PENDIDIKAN ANAK-ANAK-

Thursday, October 15, 2009 9:05 AM Posted by syafiqah
ISLAM PAKAIAN ANAKMU

Pendidikan adalah perkara paling utama dan paling penting dalam kehidupan seorang hamba Allah yang bernama manusia. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Oleh yang demikian, pendidikan yang sempurna adalah satu proses yang sangat membantu manusia hidup bahagia dari awal kehidupan sehingga akhir hayat. Maka, pendidikan untuk anak-anak adalah bermula daripada zaman kanak-kanaknya.

Pada permulaan kehidupan iaitu zaman kanak-kanaknya, anak-anak tidak akan dapat menilai atau membezakan di antara yang baik dan yang buruk. Mereka hanya melihat dan mengikut apa sahaja yang terdapat dalam persekitaran mereka pada masa itu. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.


Namun begitu, pada masa kini cabaran kepada ibu bapa Muslim dalam mendidik anak-anak adalah sangat besar kerana mereka membesar dalam alam yang semakin canggih iaitu alam cyber dan teknologi di mana segala maklumat sama ada yang baik atau yang buruk hanya berada di hujung jari. Oleh itu, pendidikan Islam adalah perkara yang paling utama dalam didikan anak-anak untuk membolehkan mereka memilih jalan atau cara hidup yang berlandaskan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.


Dengan pendidikan Islam yang sempurna inilah akan lahirnya anak-anak yang menjadi kebanggaan agama Islam dan mereka juga akan menjadi menyejuk mata dan penawar hati ibu bapa mereka.

3 Response to "-ISU PENDIDIKAN ANAK-ANAK-"

  1. Shahriza Says:

    pembentukan akhlak anak adalah bermula daripada didikan ibu bapa..Anak diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka.Kita seharusnya mendidik anak-anak dengan lebih teliti bersulamkan syariat islam bagi melahirkan generasi yang diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.t

  2. liyana Says:

    ye betul tu sha..anak-anak ibarat permata yang berharga..andai cara gilapannya salah ia tidak akan bersinar dengan baik sebaliknya ia tetap pudar..peranan ibu bapa amat penting dan berat dalam membentuk dan mendidik anak-anak..semoga dengan didikan yang betul,akan melahirkan anak-anak yang akan menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati ibubapa mereka seperti yang dinyatakan oleh penulis..amin

  3. Mohd Hasimi Mahmud Says:

    isu pendidikan anak-anak haruslah dititkberatkan lebih-lebih lagi di era globalisasi sekarang. Cara pendekatan haruslah mengikut keadaan peredaran semasa kerana biah disekiling sentiasa berubah-ubah. Ibu bapa harus bijak dalam menguruskan hal ehwal anak-anak mereka

Post a Comment