-AR-RAHNU-



Islam adalah satu agama yang sentiasa memberikan kemudahan kepada umatnya termasuklah didalam bab ekonomi. kemudahan yang Allah berikan kepada manusia dalam urusan harian apabila seseorang dilanda msasalah kekeringan wang dan harta, Islam telah memperkenalkan satu sistem yang terbaik kepada orang Islam untuk mendapatkan wang dengan melakukan pajakan ataupun cagaran keatas barang,sistem yang diperkenalkan tersebut ialah AR-RAHNU.

Sistem ini telah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, apabila baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya. Menurut satu hadith riwayat Bukhari dan Muslim: Allah s.w.t berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud


"Jika kamu dalam perjalanan (dan bermu'amalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, Maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang[180] (oleh yang berpiutang). akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. dan barangsiapa yang menyembunyikannya, Maka Sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".

sistem ini diperkenalkan kepada umat Islam supaya mereka tidak lagi melakukan pajakan dikedai pajak org kafir yang sentiasa melakukan penindasan kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan mereka. Sistem ini sentisa memberikan kesenangan kepada sesiapa yeng berurusan kerana mempunyai rukun dan syarat yang telah ditetapkan sebagai perjanjian.

RUKUN GADAIAN

Gadaian dalam Islam mempunyai 5 rukun iaitu:

1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).
2) Hutang (Marhun Bih)
3) Sighah (Ijab dan Qabul) iaitu majlis penyerahan dan penerimaan gadaian
4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.
5) Barang gadaian. Terdiri dari barang-barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut pandangan syarak.

SYARAT GADAIAN

Berikut adalah syarat-syarat gadaian:

a) Akad gadaian mestilah dilakukan melalui ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan)
b) Orang yang menggadai (Ar-Rahin) dan orang yang memegang gadaian (Al-Murtahin) hendaklah terdiri daripada orang yang mempunyai kelayakan yang sewajarnya untuk mentadbir harta (Mutlaq Al-Tasarruf). Oleh itu, orang yang gila atau kanak-kanak yang belum baligh tidak sah melakukan atau menerima gadaian.
c) Barang yang digadaikan (Al-Marhun) mestilah barang yang dimiliki dan boleh dijual.

Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang masalah dan kekeliruan berkenaan gadaian, surat atau perjanjian haruslah diwujudkan untuk dijadikan bukti yang sah.

NILAI POSITIF GADAIAN

1) Membolehkan orang yang sedang kesempitan wang mendapatkannya dengan cara yang bersih dan di bolehkan oleh syarak.
2) Menjadi jaminan bagi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya.
3) Memberi keyakinan terhadap pemberi hutang dalam mendapatkan kembali wang yang telah dihutangkan.
4) Mengelakkan sebarang perbalahan antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang sekiranya hutng tidak dapat dilangsaikan.Memberi dorongan kepada orang yang berhutang agar membayar hutangnya bagi mendapatkan kembali barang yang menjadi barang gadaian

2 Response to "-ISU EKONOMI ISLAM-"

  1. Anonymous Says:

    selama ni dok dengar je org sebut Ar-Rahnu tu..
    tak ambik tau sgt.. sbb lom ada cita2 nak berpajak gadai...
    da dpt info yg baik n ilmu yg baru...
    mesti byk research neh... TQ..

  2. Shahriza Says:

    Sebab itulah Allah menjadikan sesuatu tentu ada hikmahnya...begitu juga dengan Sistem ini..tahniah kepada penulis blog

Post a Comment