Salah satu gejala yang semakin meruncing di negara kita pada hari ini ialah isu yang berkaitan dengan "zina". Hal yang membawa kepada perkara terkutuk ini ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Hal inilah yang boleh membawa pasangan tersebut terjerumus ke lembah zina.

Islam melarang keras umatnya daripada menghampiri zina, kerana telah ditetapkan didalam al-Quran pada surah an-Nuur ayat 2 yang bermaksud:

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"(Surah an-Nur, ayat 2).

Tentang hukuman bagi penzina muhson(telah berkahwin) dan pengzina ghairghu muhson ( yang belom berkahwin) hukuman tersebut bukan sahaja dijalankan secara membabibuta , tetapi mesti lah mengikut prosedur yang betul iaitu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam al-Quran.

Hukuman yang setimpal akan dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin iaitu dikenakan hukuman rejam sampai mati. Manakala bagi pasangan yang belum berkahwin mereka akan dikenakan sebat sebanyak 100 sebatan.




Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

0 Response to "-ISU UNDANG-UNDANG ISLAM-"

Post a Comment