Para ulama mentakrifkan Khulafah itu sebagai “Mengalang-ganti kenabian di dalam perkara memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya (iaitu dengan agama).
Dari takrif tersebut, kita dapati dua unsur terpenting di dalam tujuan kejadian manusia.
• Menjaga agama
• Mentadbir dunia

Menjaga agama dilakukan dengan melaksanakan dua perkara pokok.

a) Menegakkan Islam dengan menyatakan kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA dengan menyatakan apakah Islam yang sebenar kepada seluruh manusia dan membuktikan kebaikan ajaran dan hukum-hukumnya di samping mempertahankan dari musuh.

b) Melaksanakan Islam dengan mengamalkan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya dalam semua urusan. Termasuk juga di dalamnya urusan bermasyarakat dan bernegara. Menyeru dan mengajak manusia kepada melaksanakan perintah agama dan bertindak ke atas sesiapa yang tidak melakukannya, di samping mencegah kemungkaran dan kejahatan dengan kuasa pemerintah.

2. Menunaikan amanah.

3. Pengabdian diri kepada Allah s.w.t.

Manakala ciri-ciri negara Islam pula ialah:

1. Syariat Islam yang mesti dipatuhi kepadanya.
2. Umat yang mendokonginya
3. Pemerintahan Islam yang menaunginya.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menilai adakah bertepatan dengan kehendak agama Islam bagi negara yang mengiktiraf mereka sebagai negara Islam.

0 Response to "-ISU NEGARA ISLAM-"

Post a Comment