--ISU PENUNTUT ISLAM DI IPT--

Friday, October 16, 2009 1:13 AM Posted by syafiqah
SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN????.....TANYA LAH DIRI

“Hai” ucapan yang sering didengari apabila berjumpanya dua orang sahabat dan “bye” apabila berpisahnya mereka. Ungkapan yang biasa diucapkan oleh orang barat kini telah menjadi satu ungkapan pertemuan dan perpisahan antara dua sahabat beragama Islam di IPT. Ianya sudah menjadi tradisi antara pelajar-pelajar Islam di IPT kini.

Tiada lagi ungkapan indah meniti bibir-bibir mereka sebagaimana yang telah diajarkan oleh agama yang suci iaitu kalimah Assalamualaikum apabila bertemu dan berpisah. Malah mereka sudah merasa segan dan malu untuk menuturkan ucapan salam tersebut. Mungkin juga akan dikatakn kolot atau ketinggalan zaman bila ucapan salam diungkapkan.

Kadang-kadang saya terfikir kenapa pelajar Islam yang mendapat pelajaran di IPT malu untuk menzahirkan ciri-ciri seorang Muslim yang sebenar?? Soalan ini juga saya lontarkan kepada beberapa orang kenalan. Sesetengahnya menganggap Islam itu patut diamalkan oleh pelajar yang mengambil jurusan Pengajian Islam sahaja. Sedangkan apabila kita dilahirkan dalam agama Islam kita mestilah perpegang dengan ajaran agama Islam ini sepenuhnya bukan Islam pada suatu tempat sahaja.

Oleh itu tidak menjadi kehairanan apabila orang-orang yang bukan dari golongan intelektual semakin hari semakin jauh dari ajaran agama Islam yang murni ini. Mereka bukan sahaja meninggalkan sebahagian ajaran agama malah hampir seluruh hidupnya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Seharusnya, golongan yang telah Allah s.w.t takdirkan mempunyai akal yang pintar, peluang belajar di IPT menjadikan Islam sebagai cara hidunya. Mereka juga akan menjadi contoh yang terbaik kepada masyarakat awam.

2 Response to "--ISU PENUNTUT ISLAM DI IPT--"

  1. mat10cent Says:

    err... assalamualaikum... nak tumpang komen bleh?
    emm.. tunggu jawab salam dulu la baru komen ye...

  2. syafiqah Says:

    waalaikumussalam ...silakan..

Post a Comment