Manusia sudah lama berpolitik malah di kalangan nabi termasuk Rasulullah s.a.w, baginda turut berpolitik."Nabi Muhammad s.a.w dari muda mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga sehingga Khadijah tertarik padanya, manakala Nabi Nuh a.s ada kepandaian mengemudikan bahtera."Nabi Yusuf pernah dilantik menteri dan Nabi Musa pernah berdoa supaya saudaranya, Nabi Harun menjadi pembantunya dalam gerak kerja dakwah," katanya. Beliau turut mengungkap nas dari surah Thahaa, ayat 29, bermaksud: "Dan, jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku."

Dalam Islam, urusan membabitkan pelantikan pemimpin bukan perkara sampingan atau main-main, malah ia menjadi topik khusus dalam pewarisan Nabi Muhammad s.a.w bagi memastikan agama dan politik dunia terpelihara. Justeru itu, katanya, menjadi kewajipan bagi umat Islam melantik pemimpin bagi memastikan Islam dan umatnya terbela dan apabila dilantik mesti ditaati sepertimana firman Allah ini: "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (an-Nisa: 59)

Sungguh besar pengorbanan yang Rasulullah s.a.w. lakukan sepanjang hidup baginda demi untuk menyampaikan amanah Allah s.w.t kepadanya. Lihat saja bagaimana Rasulullah pemimpin kota Makkah dan Madinah. Di Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. membentuk aqidah manusia agar beriman kepada Allah dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa berputus asa walaupun diejek dan dihina sehinggalah Allah memerintahkannya agar berhijrah ke kota Madinah. Di kota Madinah, orang-orang Yathrib pada keseluruhannya tidak mempunyai satu sistem politik tertentu. Mereka tidak mempunyai kerajaan yang boleh mengawasi keadaan pentadbiran dan keselamatan mereka.

Oleh itu mereka sentiasa terdedah kepada serangan musuh. Faktor ketiadaan sekuriti dan kuasa politik yang sah menyebabkan pedagang tidak berminat melabur di kota ini. Oleh yang demikian, apabila datangnya Rasulullah s.a.w., baginda menaikkan taraf Madinah daripada negara pertanian kepada sebuah negara maju yang berpotensi tinggi dalam semua bidang. Di samping itu, umat Islam sentiasa bersatu padu dalam apa jua keadaan walaupun mereka daripada kalangan Ansar dan Muhajirin.

Demikianlah hebatnya Rasulullah s.a.w. dan beliau adalah pemimpin yang mesti dicontohi oleh seluruh pemimpin Islam di seluruh dunia.

6 Response to "-ISU POLITIK ISLAM-"

  1. Shahriza Says:

    kita seharusnya mencontohi politik Rasulullah yg sememangnya menjurus kepada syariat islamiah. Bukannya bermain dengan politik yg kotor.epmilihan pemimpin yg berdasarkan Rasuah..Allah sememangnya tidak meredhai orang yang menggunakan politik untuk kepentingan diri sendiri.

  2. Unknown Says:

    "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu..."

    merujuk pada terjemahan ayat ke-59 surah An-nisa ini,terdapat sedikit kesilapan dari segi bahasa terjemahan itu..

    pada keluaran harakahdaily.net, Jumaat | Feb 20, 09 | 12:14:06 am, Dato' Dr Harun Din mengupas tafsiran ayat Al-quran ini dengan menyebut

    "Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu..."

    perkataan TAAT ini disebut pada nama Allah dan juga Rasul, tetapi tidak disebut TAAT pada pemimpin..

    Ahli-ahli tafsir menafsirkan ayat ini bahawa perintah Allah dan Rasul wajib ditaati secara mutlak, adapun taat kepada pemerintah adalah tidak secara mutlak. Maknanya, taat kepada pemimpin selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul.

    Untuk mentaati perintah Ulil Amri ataupun pemerintah, ada kaedahnya iaitu yang Nabi sebut,taatlah kepada pemerintah selagi ia tidak menderhaka kepada Allah SWT. Kalau ada derhaka kepada Allah maka perintah taat tadi gugur.

  3. syafiqah Says:

    time kasih en.csi kerana menengur kesilapan yg sy sendri x sedari..

  4. Unknown Says:

    Politik amat penting dalam pembentukan sebuah negara,,,,,kalau politik itu dicemari dengan corruption ,,,,so,,negara itu akan dipimpin oleh org yg akan menghancurkan negara tersebut,,,,bukan senang untuk memimpin,....nak pimpin diri sendiri pun susah,,, nak pimpin masyarakat lagi susah,,,memerlukan commitment yg luar biasa,,,,,wallahuallam,,,,renung-renungkan lah,,,,,:)

  5. Anonymous Says:

    contoh2 sifat kepemimpinan Rasulullah dan kebijaksanaan baginda mengatur cara hidup n memajukan ummah amat wajar utk dicontohi..
    renungkan juga pengorbanan baginda dalam memimpin ummah.. kalau ada tambahan artikel.. tonjolkan lg bab tu ya...
    mungkin bleh menginsafkan...
    good job deq..

  6. Mohd Hasimi Mahmud Says:

    taat kepada seseorang pemimpin bukan sesuatu yg qat'i melainkan dia berpegang teguh dengan Islam. Sebab itulah Allah s.w.t menyebut a'tiu' kepada Allah dan Rasul dan tidak meletakkan a'tiu' itu kepada ululamri...Pemimpin yang menjadikannya Islam sebagai tunggak utama akan melahirkan rakyat yang disegani oleh musuh-musuh Islam

Post a Comment